Jenis-jenis komputer

1. Komputer Peribadi

Juga digelar komputer mikro atau lebih popular dengan panggilan PC (Personal Computer). Komputer peribadi melaksanakan kelima-lima operasi asas komputeran secara sendiri iaitu imput, memproses, storan dan komunikasi. Komputer peribadi lazimnya mempunyai sekurang-kurangnya satu peranti input,peranti output, satu peranti storan , ingatan, dan pemproses(CPU). Antara siri computer peribadi yang terkenal adalah PC dan Apple Macintosh. Yang membezakan antara kedua-duanya adalah PC berasaskan spesifikasi asal computer peribadi yang dibangunkan oleh IBM.

2. Komputer Meja

Komputer meja direka agar unit system, peranti input, peranti output dan lain-lain peranti boleh diletakkan di atas meja.Ketinggian model menara adalah di antara 13 inci hingga 24 inci.

3. Komputer Mudah Alih

Juga dikenali sebagai computer riba atau laptop. Sejarah wujudnya computer ini adalah telah diilhamkan oleh Alan Kay pada tahun 1969. Beliau membayangkan “Imagine having your own self-contained knowledge manipulator in a portable package the size and shape of an ordinary notebook”. Komputer mudah alih bersaiz lebih nipis, ringan dan kecil. Ia boleh beroperasi tanpa menggunakan elektik tetapi menggunakan bateri yang boleh dicas. Harganya lebih mahal berbanding computer peribadi.

4. Komputer Telapak

Juga dikenali sebagai pembantu peribadi digital (PDA). Ia dikenali sebagai computer telapak kerana saiznya yang sangat kecil iaitu hanya sebesar tapak tangan manusia. Disebabkan saiznya yang sangat kecil, komputer telapak mempunyai papan kekunci yang sangat kecil juga dan kadangkala langsung tidak mempunyai papan kekunci. Jadi bagi menginput data, stylus digunakan bagi bagi computer telapak yang tidak mempunyai papan kekunci ini. Ini kerana skrin PDA dicipta untuk sensitif kepada tekanan akan menterjemah pergerakan stylus kepada aksara atau nombor apabila kita menulis di permukaan skrin. PDA mempunyai perisisan khas untuk mengenal tulisan tangan. Teknologo terkini membenarkan telefon bimbit mempunyai cirri-ciri seperti diatas dan ia dikenali sebagai XDA.

5. Perkakasan Internet

Perkakasan internet juga dipanggil perkakasan maklumat. Ia adalah sejenis computer yang mempunyai keupayaan terhad. Ciri-ciri dan kuasa pemprosesya tidak seperti computer biasa hanya sekadar boleh melyari internet.

6. Mini Komputer

Komputer ini lazimnya digunakan oleh sektor perniagaan dan industri untk tugas-tugas khas, seperti sistem gaji. Komputer jenis ini boleh disambung dan digunakan oleh empat ribu pengguna pada masa yang sama. Komputer yang disambungkan ke mini computer dikanali sebagai terminal dungu. Terminal ini hanya mempunyai monitor, tetikus dan papan kekunci sahaja iaitu untu imput dan output dan bukan untuk memproses. Tetapi kini seringkali komputer meja atau computer mudah alih yang digunakan untuk mencapai komputer mini ini.

7. Kerangka Utama

Kerangka utama ialah computer yang besar, mahal tetapi sangat berkuasa dan mampu mengendalikan ratusan malah ribuan pengguna. Lazimnya digunakan oleh kerajaan dan syarikat multinasional dalam menyediakan sumber-sumber terpusat sepe rti data, maklumat, pemproses, ruang storan dan perisian. Kerangka utama kadangkala bertindak sebagai pelayan dalam sebuah rangkaian komputer. Kerangka utama lazimnya mempunyai lebih daripada satu pemproses. Apabila data yang besar perlu diproses, pemproses pertama akan mengarah dan mengawal keseluruhan operasi. Pemproses kedua akan mengendalikan komunikasi manusia-komputer. Pemproses ketiga akan mencari dan mencapai data.

8. SuperKomputer

Superkomputer ialah computer yang paling berkuasa dan paling mahal di muka bumi. Superkomputer berupaya untuk memproses lebih dari 13 trillion suruhan dalam satu saat. Tidak seperti mini computer dan kerangka utama, super computer tida direka untuk mengoptimumkan kuasa pepmproses untuk multi pengguna. Tetapi superkomputer ini hanya digunakan untuk menyelesaikan masalah spesifik yang kompleks seperti mengkaji dan meramal cuaca, menyelidik kuasa nuclear dan penerokaan gas serta petroleum.

9. Komputer semua dalam Satu

Komputer semua dalam satu ialah sebuah computer padat yang menggabungkan semuanya (peranti input dan output) dengan unit system seperti iMac.

10. Stesen kerja
Stesen kerja ialah PC yang lebih berkuasa dan mahal berbanding PC biasa kerana ia membolehkan pengiraan yang kompleks dan grafik yang lebih baik. Ia digunakan oleh professional untuk membuat kerja kejuruteraan, arkitek , kartunis, grafik, artis grafik/animasi, karyawan web dan sebagainya.